Apa Anda Nak Tulis Di Blog ?
Sering anda pening untuk memikirkan "Nak Tulis Apa Ya Di Blog Anda.?"
Disini ada saya sertakan beberapa 4 tips yang menarik. Ini antara tips yang boleh anda gunakan dalam penulisan di blog anda nanti.
Tips 1 - Catatan Peribadi
Bagi saya, tidak ada salahnya jika anda menulis mengenai kisah keluarga atau kehidupan peribadi anda di blog. Tulis sesuatu yang anda rasakan menarik untuk dikongsikan bersama pembaca blog anda. Buatkan mereka merasa diri mereka begitu dekat dengan anda. Anggap mereka seperti rakan anda. Ini dapat membuatkan mereka berasa dekat dengan anda dan mula mengenali anda dan keluarga anda yang sebenarnya.
Tips 2 - Mengenai Dunia Pekerjaan
Sekiranya blog anda adalah mengenai kepakaran anda, tips ini boleh diaplikasikan dalam penulisan blog anda. Tulislah mengenai kehidupan anda dalam dunia pekerjaaan anda sendiri. Ini dapat meningkatkan kredibiliti diri anda dalam kepakaran anda itu.
Tips 3 - Perkara Yang Telah Dipelajari
“Sharing is caring”. Tidak ada salahnya jika anda berkongsi apa yang telah anda pelajari. Kongsilah dengan pembaca blog anda sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Manalah tahu, apa yang anda tulis itu adalah penyelesaian terhadap masalah atau dapat member pembaca blog anda.
Tips 4 -Tips dan TutorialJika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, inilah peluang anda untuk meningkatkan kredibiliti diri anda dalam bidang tersebut. Berikan pembaca anda tips dan panduan dalam sesuatu topik. Yang penting topik itu ianya bermanfaat.Jika dilampirkan dengan video tutorial adalah lebih menarik.
P/S-Moga-moga post saya kali ni bermanfaat untuk anda semua. Apa yang penting di sini untuk kita berkongsi mengenai tajuk Apa Anda Nak Tulis Di Blog ? Dan pastikan entri blog anda itu masih tidak lari dari topik asal blog anda. Jangan pula bercerita sesuatu yang tak ada kaitan langsung dengan blog anda.
No comments:
Post a Comment