Artikel Terkini - Pilihan Bacaan Anda Dari



Thursday, July 7, 2016

Hari Raya Aidil Fitri 2016 - 1437H – Abg Azman Klang Dan Keluarga

Assalamualaikum wbt …

Selamat Hari Raya 'edul Fitri 2 Syawal 1437 H ( 7 Julai 2016 ), Mohon Maaf Zahir & Batin atas segala kekhilafan yang disengaja maupun yg tidak.

Dari saya Abang Azman Klang Sekeluarga







Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1437H - 2016





Selamat Menyambut Ramadhan Al  Mubarak 1437H - 2016
SELAMAT BERPUASA kepada semua keluargaku ..sanak saudara..sahabat handai dan semua muslimin / muslimat.


*Ulangkaji Bab Puasa*

*Niat Puasa* :

"Sahaja aku berpuasa
pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

*Syarat Wajib Puasa* :

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa* :

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :

1. *_Makan Dan Minum Dengan Sengaja_*
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa* :

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya).
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus
(Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.

*Tingkatan Puasa* :

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.
Insya Allah ...



Sekadar ulangkaji buat kita semua.

Saturday, May 14, 2016

Final Piala FA : PKNS FC tidak gentar beraksi, sedia tumbangkan JDT











Final Piala FA : PKNS FC tidak gentar beraksi, sedia tumbangkan JDT

kepada semua peminat, penyokong Selangor PKNS FC ..
marilah kita sama2 mendoakan kejayaan dan kemenangan PKNS FC sebagai JUARA

PKNS FC ...Kasi peecahhhh rekod ini malam ....
#NEVER GIVE UP
#NEVER SURRENDER
#KitaJuara
 .
.
.
.
.
.
.
.

Friday, May 6, 2016

SANTAI BERSAMA WAK MUSTAR KILAUAN EMAS OTAI - di Taman Rekreasi Paya Bakau, Batu 8 Sijangkang




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Insya'Allah
kepada semua peminat dan penyokong Wak MUSTAR dan rakan2 Kilauan Emas Otai.

Semua di Jemput Hadir

SANTAI BERSAMA WAK MUSTAR
Tarikh : 7 Mei 2016 ( SABTU )
Masa : 2.00 Petang Hingga 6.00 Petang
Tempat : Taman Rekreasi Paya Bakau, Batu 8 Sijangkang

PERSEMBAHAN :
BUSKING ARTIS JEMPUTAN, NYANYIAN ARTIS KILAUAN EMAS, ACARA BEBAS ARTIS NAIK SAMPAN .

MAKANAN DAN MINUMAN  TURUT DISEDIAKAN.


‪#‎mustarwakiliwongjowo
‪#‎kilauanemas5
‪#‎kilauanemasotai
‪#‎SemangatOtai
‪#‎astro
‪#‎Astrogempak

P/S : Para Pengunjung Yang Berdekatan DiSyorkan Menunggang Motorsikal Bagi Mengelakkan Kesesakkan Tempat Parking

.

.

Thursday, April 21, 2016

Wak Mustar - dinobatkan Juara Kilauan Emas Otai 2016, Hadiah RM150,000


Mustar - dinobatkan Juara 'Kilauan Emas Otai 2016', Bawa Pulang RM150,000

MUSTAR atau Mustaffa Rasyid Abd Jabar muncul sebagai juara pertandingan konsert akhir pentas Kilauan Emas Otai yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen di dewan CIDB pada 20hb April 2016.

Ia adalah kemenangan kedua Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar, 47, selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima tahun lalu.

Dengan kemenangan itu, MUSTAR berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi.

Pada peringkat Kilauan Emas Otai akhir itu, Mustar menyanyikan dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan dan Menunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar.

terima kasih.. pd semua Yg mendoakan, menyokong dan mengundi Wak Mustar

Jom Tonton Video nyanian Mustar (Kini Hatiku Telah Tertawan)
Layari www.kilauanemas.com.my untuk layan video penuh



Wednesday, April 13, 2016

Mustar Kilauan Emas - Separuh Akhir di Kilauan Emas Otai


Assalamualaikum kpd semua kwn2, penonton ASTRO, peminat dan penyokong Mustar Kilauan Emas


Jgn lupa mlm ini Rabu 13 April 2016
Separuh Akhir di Kilauan Emas Otai
Astro 105 dan 135 Maya HD


Wak Mustar akan menyampaikan dua buah lagu.
solo lagu - Mohon Kasih - Ahmad Jais
bersama Elji - berduet lagu - Tak Mungkin Berpaling gandingan nyanyian asal Mawi & Zamani Slam


SMS KE10 MUSTAR hantar ke 32777


Undi / SMS sekarang juga ..
Jom Pastikan Wak Mustar mara hingga final di pentas Kilauan Emas Otai .

T.ksh

#‎KilauanEmasOtai‬ ‪
#‎SemangatOtai‬

Berita & Peluang Baik Untuk Anda .!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label / Kategori

'tools' (teknologi) (1) #DownIsrael (1) #saveGaza (1) #SaveTheChildren (1) #SupportGAZA (1) 2016 Separuh Akhir di Kilauan Emas Otai (1) 31 Ogos 2015 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 58 Tahun (1) Abg Azman Klang Dan Keluarga (1) akhbar tempatan (1) Allamanda genus (1) Astro 105 dan 135 Maya HD (1) atau nama sebenar (1) bakal pembeli (1) Batu 8 Sijangkang (1) berita terkini politik (1) Berniaga melalui Facebook (1) bina blog (1) Bina blog untuk perniagaan (1) Blog (1) blog Peribadi (1) blog sendiri (1) Blogger (1) buat blog (1) cara bina laman web perniagaan percuma (1) cara buat blog (1) cara download video youtube (1) cara promosi blog (1) dunia pekerjaaan (1) Faiz Subri (1) FIFA 2016 (1) Final Piala FA : PKNS FC tidak gentar beraksi (1) Gol Terbaik (1) Gol Tercantik (1) google adsense (1) Hari Raya Aidil Fitri 2016 (1) Jalan Jalan Cari Makan (1) Jaringan Terbaik Dunia (1) kehidupan peribadi anda di blog (1) kongsi Sharing is caring (1) Lagu Hari Raya (1) laman web bisnes (1) Lambaian Syawal 1435 Kian Dinanti (1) legenda bolasepak Brazil Ronaldo (1) Melaka (1) memasarkan perniagaan (1) membina laman web perniagaan (1) membuat bisnes internet (1) Memulakan Perniagaan Internet (1) Menggunakan blog (1) mesra SEO enjin carian di Google atau Yahoo (1) Miliki Laman Web Sendiri (1) Mohon Kasih - Ahmad Jais (1) Mustar Kilauan Emas (1) NASI LEMAK GILER (1) Nazrudin Habibur Rahman (1) Padang Merbok 18 FEB 2017 SABTU (1) panduan buat blog (1) pelawat (1) Pemasaran Blog (1) pemasaran melalui blog (1) pembaca blog (1) Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA (1) Pengacara Program Jalan Jalan Cari Makan (1) penulisan di blog (1) Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak GAZA di Dataran Merdeka (1) Perhimpunan RUU355 (1) PERHIMPUNAN RUU355 PADANG MERBOK (1) Perkhidmatan Syarikat (1) PKNSFC-PASTI-JUARA (1) Produk Syarikat (1) Profil Syarikat (1) rahsia membina laman web sosial (1) rakan di Facebook (1) SANTAI BERSAMA WAK MUSTAR KILAUAN EMAS OTAI - di Taman Rekreasi Paya Bakau (1) sedia tumbangkan JDT (1) SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI (1) Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1437H - 2016 (1) sembuhkan 15 jenis penyakit (1) Sepakan Ajaib (1) SMS dan WhatsApp (1) Tak Mungkin Berpaling nyanyian asal Mawi & Zamani Slam (1) Teh Herba Anwar Hashim (1) Teh Herba Tarik Perhatian Ramai (1) template blog (1) Terima Kasih Untuk Semua Sahabat Atas Ucapan Dan Doa Anda Semua Di Ulang Tahun Hari Lahirku pada 21 HB MEI melalui FB (1) Testimoni (1) The Winner of The FIFA PUSKAS Award 2016 (1) Tip Bagaimana untuk menjadikan telefon Android anda lebih laju (1) tips yang menarik (1) trafik (1) tujuan blog (1) Tukang Kebun di Kampung Pengkalan Batu (1) usahawan Internet (1) Video serta Tips dan Tutorial (1) Wak Mustar dinobatkan Juara Kilauan Emas Otai 2016 (1) website CMS (1)

Artikel Terkini - Pilihan Bacaan Hari Ini

Semoga Anda Berminat Dengan Segala Maklumat Tentang Teknik, Rahsia dan Kaedah Pemasaran Online Diblog Ini. Hubungi Saya Jika Anda Ada Pertanyaan