Artikel Terkini - Pilihan Bacaan Anda Dari



Thursday, September 17, 2015

Teh Herba Anwar Hashim - Tukang Kebun di Kampung Pengkalan Batu, Melaka - Tarik Perhatian Ramai

Teh Herba Anwar Hashim - Tukang Kebun di Kampung Pengkalan Batu, Melaka - Tarik Perhatian Ramai 
Teh Herba yang dikatakan dapat menyembuhkan 15 jenis penyakit.

Hubungi Encik Anwar Hashim 017 3970081 atau Encik Zakaria 017 6724510
KG PENGKALAN BATU, MELAKA 

10 MINIT SHJ DARI MELAKA MITC  




MELAKA: Beratus-ratus orang tertarik untuk mengunjungi rumah seorang tukang kebun di Kampung Pengkalan Batu di sini untuk meminum teh herba yang dibuatnya, dikatakan dapat menyembuhkan 15 jenis penyakit.

Banyak kereta diletakkan di sepanjang selekoh jalan yang menghala ke Jalan Solok Kedai, sehinggakan tukang kebun, Anwar Ibrahim mengubah perkarangan rumahnya menjadi sebuah gerai teh.

Lelaki berusia 59 tahun itu berkata, dia menanam pokok jenis 'Allamanda genus' untuk memperindahkan kawasan sekolah di tempat dia bekerja. Tumbuhan itu disediakan oleh kerajaan.

"Penyelia saya memberitahu bahawa tumbuhan ini adalah herba dan saya mengujinya dengan menyapukan daun tumbuhan ini pada bahagian yang cedera akibat terjatuh. Yang mengejutkan saya ialah kecederaan yang dialami itu sembuh dalam masa beberapa hari," katanya di sini, Ahad.

"Saya kemudiannya memasak dan minum ekstrak tumbuhan itu selama sebulan untuk melihat sekiranya ia dapat membantu mengawal tekanan darah saya.

"Saya terkejut apabila mendapati bacaan tekanan darah saya menurun dan doktor mengesahkan saya kembali sihat," katanya.

Anwar berkata, dia kemudiannya meminta jiran-jirannya yang mempunyai pelbagai penyakit supaya meminum enam gelas teh itu setiap hari selama sebulan.

"Ajaibnya, mereka sembuh," dakwanya.






Kira-kira 200 orang yang datang ke rumahnya setiap hari untuk meminum enam gelas teh secara percuma. Teh berkenaan digelarkan mereka sebagai 'teh kuasa'.

"Keluarga saya sekarang membantu saya masak dan menyediakannya," katanya sambil menambah sebahagian yang meminum bahan ramuannya akan memberikan tip antara RM1 dan RM5.

Anwar berkata, dia tidak mengetahui nama saintifik tumbuhan itu, sambil menambah bahawa pegawai-pegawai dari sebuah universiti di Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan ada menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teh berkenaan.

Pakar Hortikultur, Gary Gan berkata, Allamanda genus merupakan tumbuhan tropika yang mempunyai pelbagai khasiat selain mengurangkan tahap kolestrol.

"Bagaimanapun, menyembuhkan pesakit strok merupakan sesuatu yang baharu," katanya, sambil menambah bahawa perkara tersebut memerlukan penyelidikan lanjut.

Allamanda merupakan genus tumbuhan berbunga dari Amerika, yang lebih dikenali kerana saiz dan warnanya, biasanya kuning.

Ia digunakan sebagai perubatan tradisional, dengan beberapa spesis yang dijadikan untuk merawat tumor hati, penyakit kuning dan malaria.





Analisis makmal turut menunjukkan spesis tertentu boleh bertindak balas terhadap sel kanser.

Ahli perniagaan, Rosli Harian, 51, mendawa dia kini boleh berjalan selepas meminum teh berkenaan.

"Saya mempunyai masalah untuk bergerak selepas menghidap strok. Isteri saya kemudiannya membawa saya ke rumah Anwar pada minggu lepas dan saya sekarang boleh berjalan semula," katanya.

Seorang pemilik stesen minyak, Mohd Jefri Abdul Razak berkata, paras gula dalam darahnya menurun sejak meminum teh itu.






Info kredit kepada: Encik Hamdan SMTPG
dan di Video FB- EvolusiAnakMelaka


Semoga kita mendapat manafaat dari perkongsian ini

Salam Ikhlas dari langkah mudah untuk sertai TuneTalk-ToneExcel.  Abang Azman

.

Monday, August 31, 2015

31 Ogos 2015 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 58 Tahun


Klik DiSini

Kepada semua warga Malaysia dan rakan2..
Saya mengambil kesempatan disini untuk Mengucapkan Selamat Bercuti pada 31 Ogos 2015 dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 58 Tahun.


Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !


‪Semoga anda sekeluarga diPanjangkan Umur dan diLimpahkan Rezeki...

31 Ogos 2015
aamiin ya rabbal alamin....



P/S: Jika Ada Kelapangan jemput Singgah >> DiVideo Saya -  KLIK diSiNi Ye




T.Kasih

Berita & Peluang Baik Untuk Anda .!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label / Kategori

'tools' (teknologi) (1) #DownIsrael (1) #saveGaza (1) #SaveTheChildren (1) #SupportGAZA (1) 2016 Separuh Akhir di Kilauan Emas Otai (1) 31 Ogos 2015 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 58 Tahun (1) Abg Azman Klang Dan Keluarga (1) akhbar tempatan (1) Allamanda genus (1) Astro 105 dan 135 Maya HD (1) atau nama sebenar (1) bakal pembeli (1) Batu 8 Sijangkang (1) berita terkini politik (1) Berniaga melalui Facebook (1) bina blog (1) Bina blog untuk perniagaan (1) Blog (1) blog Peribadi (1) blog sendiri (1) Blogger (1) buat blog (1) cara bina laman web perniagaan percuma (1) cara buat blog (1) cara download video youtube (1) cara promosi blog (1) dunia pekerjaaan (1) Faiz Subri (1) FIFA 2016 (1) Final Piala FA : PKNS FC tidak gentar beraksi (1) Gol Terbaik (1) Gol Tercantik (1) google adsense (1) Hari Raya Aidil Fitri 2016 (1) Jalan Jalan Cari Makan (1) Jaringan Terbaik Dunia (1) kehidupan peribadi anda di blog (1) kongsi Sharing is caring (1) Lagu Hari Raya (1) laman web bisnes (1) Lambaian Syawal 1435 Kian Dinanti (1) legenda bolasepak Brazil Ronaldo (1) Melaka (1) memasarkan perniagaan (1) membina laman web perniagaan (1) membuat bisnes internet (1) Memulakan Perniagaan Internet (1) Menggunakan blog (1) mesra SEO enjin carian di Google atau Yahoo (1) Miliki Laman Web Sendiri (1) Mohon Kasih - Ahmad Jais (1) Mustar Kilauan Emas (1) NASI LEMAK GILER (1) Nazrudin Habibur Rahman (1) Padang Merbok 18 FEB 2017 SABTU (1) panduan buat blog (1) pelawat (1) Pemasaran Blog (1) pemasaran melalui blog (1) pembaca blog (1) Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA (1) Pengacara Program Jalan Jalan Cari Makan (1) penulisan di blog (1) Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak GAZA di Dataran Merdeka (1) Perhimpunan RUU355 (1) PERHIMPUNAN RUU355 PADANG MERBOK (1) Perkhidmatan Syarikat (1) PKNSFC-PASTI-JUARA (1) Produk Syarikat (1) Profil Syarikat (1) rahsia membina laman web sosial (1) rakan di Facebook (1) SANTAI BERSAMA WAK MUSTAR KILAUAN EMAS OTAI - di Taman Rekreasi Paya Bakau (1) sedia tumbangkan JDT (1) SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI (1) Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1437H - 2016 (1) sembuhkan 15 jenis penyakit (1) Sepakan Ajaib (1) SMS dan WhatsApp (1) Tak Mungkin Berpaling nyanyian asal Mawi & Zamani Slam (1) Teh Herba Anwar Hashim (1) Teh Herba Tarik Perhatian Ramai (1) template blog (1) Terima Kasih Untuk Semua Sahabat Atas Ucapan Dan Doa Anda Semua Di Ulang Tahun Hari Lahirku pada 21 HB MEI melalui FB (1) Testimoni (1) The Winner of The FIFA PUSKAS Award 2016 (1) Tip Bagaimana untuk menjadikan telefon Android anda lebih laju (1) tips yang menarik (1) trafik (1) tujuan blog (1) Tukang Kebun di Kampung Pengkalan Batu (1) usahawan Internet (1) Video serta Tips dan Tutorial (1) Wak Mustar dinobatkan Juara Kilauan Emas Otai 2016 (1) website CMS (1)

Artikel Terkini - Pilihan Bacaan Hari Ini

Semoga Anda Berminat Dengan Segala Maklumat Tentang Teknik, Rahsia dan Kaedah Pemasaran Online Diblog Ini. Hubungi Saya Jika Anda Ada Pertanyaan