Artikel Terkini - Pilihan Bacaan Anda Dari



Sunday, August 12, 2012

Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog.?

Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog.?

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian dan perkongsian maklumat yang amat berkesan.

Jika anda mempunyai blog sendiri, ianya dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau perkhidmatan anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!

Ramai diantara mereka yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet TETAPI ANDA TIDAK MEMILIKI BLOG adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..

Tahukah anda blog semakin diminati dan popular sehinggakan ada blogger yang disaman?? Blog juga mendapat liputan meluas di media massa dan dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pilihanraya ke 12 di Malaysia.

Ramai pula yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya mempunyai blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Paparan di akhbar tempatan diatas adalah bukti blog semakin diminati dan dikatakan setanding dengan media elektronik yang lain.

Sebelum saya menerangkan secara lanjut teknik cara buat blog mudah, saya ingin bertanya kepada anda...

Apakah masalah-masalah yang sering anda hadapi semasa membuat blog anda ..?

Wednesday, August 8, 2012

Apa Anda Nak Tulis Di Blog ?

Apa Anda Nak Tulis Di Blog ?

Sering anda pening untuk memikirkan "Nak Tulis Apa Ya Di Blog Anda.?"

Disini ada saya sertakan beberapa 4 tips yang menarik. Ini antara tips yang boleh anda gunakan dalam penulisan di blog anda nanti.


Tips 1 - Catatan Peribadi

Bagi saya, tidak ada salahnya jika anda menulis mengenai kisah keluarga atau kehidupan peribadi anda di blog. Tulis sesuatu yang anda rasakan menarik untuk dikongsikan bersama pembaca blog anda. Buatkan mereka merasa diri mereka begitu dekat dengan anda. Anggap mereka seperti rakan anda. Ini dapat membuatkan mereka berasa dekat dengan anda dan mula mengenali anda dan keluarga anda yang sebenarnya.

Tips 2 - Mengenai Dunia Pekerjaan

Sekiranya blog anda adalah mengenai kepakaran anda, tips ini boleh diaplikasikan dalam penulisan blog anda. Tulislah mengenai kehidupan anda dalam dunia pekerjaaan anda sendiri. Ini dapat meningkatkan kredibiliti diri anda dalam kepakaran anda itu.


Tips 3 - Perkara Yang Telah Dipelajari

“Sharing is caring”. Tidak ada salahnya jika anda berkongsi apa yang telah anda pelajari. Kongsilah dengan pembaca blog anda sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Manalah tahu, apa yang anda tulis itu adalah penyelesaian terhadap masalah atau dapat member pembaca blog anda.

Tips 4 -Tips dan Tutorial

Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, inilah peluang anda untuk meningkatkan kredibiliti diri anda dalam bidang tersebut. Berikan pembaca anda tips dan panduan dalam sesuatu topik. Yang penting topik itu ianya bermanfaat.Jika dilampirkan dengan video tutorial adalah lebih menarik.


P/S-Moga-moga post saya kali ni bermanfaat untuk anda semua. Apa yang penting di sini untuk kita berkongsi mengenai tajuk Apa Anda Nak Tulis Di Blog ? Dan pastikan entri blog anda itu masih tidak lari dari topik asal blog anda. Jangan pula bercerita sesuatu yang tak ada kaitan langsung dengan blog anda.

Monday, August 6, 2012

Bina blog untuk perniagaan anda.


Blog kini semakin mendapat perhatian masyarakat terutama bagi mendapatkan berita-berita terkini politik semasa mahupun bagi mendapatkan maklumat tentang produk terkini. Di sinilah kekuatan media alaf baru iaitu blog. Bagi yang menjalankan perniagaan samada secara online mahupun offline, blog boleh digunakan untuk menambahkan kenalan anda atau menambah prospek kepada produk anda.

Saya sering mendapat email pertanyaan dari beberapa rakan-rakan di Facebook yang menanyakan apakah kandungan yang perlu diletakkan sekiranya mereka ingin menjalankan perniagaan. Apakah perkara lain yang boleh diletakkan di dalam blog untuk perniagaan atau blog peribadi mereka.?

Berikut saya sertakan beberapa catitan ringkas yang boleh diletakkan di dalam blog untuk perniagaan anda.

1. Profil Syarikat – Sekiranya anda menjalankan perniagaan tidak kira secara online ataupun offline, letakkan profil syarikat anda. Apakah produk yang anda jual atau perkhidmatan yang anda jalankan.

2. Perkhidmatan Syarikat – Anda boleh juga meletakkan gambar menerangkan perkembangan perniagaan di dalam blog anda. Prospek yang berkunjung ke blog anda dapat melihat syarikat anda sedang berkembang pesat.

3. Produk Syarikat – Bagi perkhidmatan atau produk jualan secara online, anda boleh terangkan serba sedikit perkhidmatan atau produk jualan yang anda jalankan. Terangkan bagaimana pelanggan anda dapat menggunakan perkhidmatan atau produk jualan yang anda jalankan.

4. Testimoni – Testimoni amat penting bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai. Di dalam kes ini orang ramai yang dimaksudkan adalah pelawat laman blog anda. Anda boleh dapatkan testimoni bagi pengguna produk anda samada dalam bentuk hard-copy seperti surat atau fax dan boleh juga di dalam bentuk soft-copy seperti email, facebook dan sebagainya. Sekiranya anda ada testimoni di dalam bentuk digital, anda boleh sertakan screenshot dan buatkan dalam bentuk thumbnail. Sekiranya pengunjung ingin membaca lanjut, mereka boleh klik pada imej tersebut.

5. Ruangan Contact – Contact amat penting tidak kira samada blog syarikat mahupun blog peribadi. Anda boleh menyediakan ‘contact form’ yang mudah dan cepat. Pelanggan, pengunjung atau prospek boleh mengisi contact form di blog dan ianya akan menghantar email kepada anda sekiranya terdapat pertanyaan yang dibuat oleh mereka. Di ruangan contact ini juga anda boleh letakkan nama syarikat, alamat beroperasi, nombor telefon, fax, email dan lain-lain lagi.

Jom singgah kejap kat contoh blog perniagaan saya KLIK DISINI.

Bagi anda yang berminat untuk membina blogspot .com sendiri, saya mengesyorkan anda menonton - Video Tutorial Cara Buat Blog Dengan Blogger 2012 -- Disediakan oleh Abang Azman Klang .Panduan Membuat Blog ini boleh diakses di Utube saya- KLIK DISINI.


Berita & Peluang Baik Untuk Anda .!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label / Kategori

'tools' (teknologi) (1) #DownIsrael (1) #saveGaza (1) #SaveTheChildren (1) #SupportGAZA (1) 2016 Separuh Akhir di Kilauan Emas Otai (1) 31 Ogos 2015 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 58 Tahun (1) Abg Azman Klang Dan Keluarga (1) akhbar tempatan (1) Allamanda genus (1) Astro 105 dan 135 Maya HD (1) atau nama sebenar (1) bakal pembeli (1) Batu 8 Sijangkang (1) berita terkini politik (1) Berniaga melalui Facebook (1) bina blog (1) Bina blog untuk perniagaan (1) Blog (1) blog Peribadi (1) blog sendiri (1) Blogger (1) buat blog (1) cara bina laman web perniagaan percuma (1) cara buat blog (1) cara download video youtube (1) cara promosi blog (1) dunia pekerjaaan (1) Faiz Subri (1) FIFA 2016 (1) Final Piala FA : PKNS FC tidak gentar beraksi (1) Gol Terbaik (1) Gol Tercantik (1) google adsense (1) Hari Raya Aidil Fitri 2016 (1) Jalan Jalan Cari Makan (1) Jaringan Terbaik Dunia (1) kehidupan peribadi anda di blog (1) kongsi Sharing is caring (1) Lagu Hari Raya (1) laman web bisnes (1) Lambaian Syawal 1435 Kian Dinanti (1) legenda bolasepak Brazil Ronaldo (1) Melaka (1) memasarkan perniagaan (1) membina laman web perniagaan (1) membuat bisnes internet (1) Memulakan Perniagaan Internet (1) Menggunakan blog (1) mesra SEO enjin carian di Google atau Yahoo (1) Miliki Laman Web Sendiri (1) Mohon Kasih - Ahmad Jais (1) Mustar Kilauan Emas (1) NASI LEMAK GILER (1) Nazrudin Habibur Rahman (1) Padang Merbok 18 FEB 2017 SABTU (1) panduan buat blog (1) pelawat (1) Pemasaran Blog (1) pemasaran melalui blog (1) pembaca blog (1) Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA (1) Pengacara Program Jalan Jalan Cari Makan (1) penulisan di blog (1) Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak GAZA di Dataran Merdeka (1) Perhimpunan RUU355 (1) PERHIMPUNAN RUU355 PADANG MERBOK (1) Perkhidmatan Syarikat (1) PKNSFC-PASTI-JUARA (1) Produk Syarikat (1) Profil Syarikat (1) rahsia membina laman web sosial (1) rakan di Facebook (1) SANTAI BERSAMA WAK MUSTAR KILAUAN EMAS OTAI - di Taman Rekreasi Paya Bakau (1) sedia tumbangkan JDT (1) SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI (1) Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1437H - 2016 (1) sembuhkan 15 jenis penyakit (1) Sepakan Ajaib (1) SMS dan WhatsApp (1) Tak Mungkin Berpaling nyanyian asal Mawi & Zamani Slam (1) Teh Herba Anwar Hashim (1) Teh Herba Tarik Perhatian Ramai (1) template blog (1) Terima Kasih Untuk Semua Sahabat Atas Ucapan Dan Doa Anda Semua Di Ulang Tahun Hari Lahirku pada 21 HB MEI melalui FB (1) Testimoni (1) The Winner of The FIFA PUSKAS Award 2016 (1) Tip Bagaimana untuk menjadikan telefon Android anda lebih laju (1) tips yang menarik (1) trafik (1) tujuan blog (1) Tukang Kebun di Kampung Pengkalan Batu (1) usahawan Internet (1) Video serta Tips dan Tutorial (1) Wak Mustar dinobatkan Juara Kilauan Emas Otai 2016 (1) website CMS (1)

Artikel Terkini - Pilihan Bacaan Hari Ini

Semoga Anda Berminat Dengan Segala Maklumat Tentang Teknik, Rahsia dan Kaedah Pemasaran Online Diblog Ini. Hubungi Saya Jika Anda Ada Pertanyaan