Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog.?
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian dan perkongsian maklumat yang amat berkesan.
Jika anda mempunyai blog sendiri, ianya dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau perkhidmatan anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
Ramai diantara mereka yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet TETAPI ANDA TIDAK MEMILIKI BLOG adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!
Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..
Tahukah anda blog semakin diminati dan popular sehinggakan ada blogger yang disaman?? Blog juga mendapat liputan meluas di media massa dan dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pilihanraya ke 12 di Malaysia.
Ramai pula yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya mempunyai blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Paparan di akhbar tempatan diatas adalah bukti blog semakin diminati dan dikatakan setanding dengan media elektronik yang lain.
Sebelum saya menerangkan secara lanjut teknik cara buat blog mudah, saya ingin bertanya kepada anda...
Apakah masalah-masalah yang sering anda hadapi semasa membuat blog anda ..?