Perlukah Ada Laman Web Perniagaan .?
Laman web perniagaan atau laman web bisnes sangat memainkan peranan dalam membantu memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda.
Walaupun perniagaan anda tidak memerlukan medium internet sebagai platform penghantaraaan, namun internet sebenarnya membolehkan perniagaan anda dapat berhubung dengan pelanggan atau prospek.
Laman web perniagaan yang asas tidak memerlukan sistem yang canggih, cukup dengan hanya menjelaskan perniagaan yang anda jalankan dan cukup dengan hanya memaparkan bagaimana cara untuk menghubungi anda.
Untuk membina laman web peniagaan anda tidaklah sesukar mana, Sebagai contoh sekarang ini laman web percuma yang sangat menjadi pilihan peniaga adalah menggunakan blog seperti blogspot atau wordpress dan yang penting ianya PERCUMA.
Kenapa blogspot ataupun wordpress sentiasa menjadi pilihan.? Kerana blogspot ataupun wordpress adalah perisian membina website yang berasaskan CMS.
CMS ini membenarkan anda untuk menambah atau mengemaskini isi kandungan laman web perniagaan anda dengan cara mudah dan selamat dan ianya mesra SEO. Mudah untuk Google atau Yahoo mengindekskan laman web anda dan jika anda mahir maka web anda mampu menduduki halaman pertama dalam enjin carian di Google atau Yahoo.
Banyak lagi pilihan dan kemudahan yang di sediakan dalam CMS ini seperti fungsi memasukkan gambar, artikel, audio dengan cara yang sangat mudah.
Semoga anda dapat manafaatkan blogspot ataupun wordpress sebaik mungkin.
Jom singgah kejap kat contoh blogspot perniagaan 2013 saya - KLIK DISINI.