..
Anugerah PUSKAS FIFA 2016 ternyata menjadi milik Mohd Faiz
Subri sekali gus mencipta sejarah baru sukan bola sepak Malaysia pada Anugerah
Bolasepak FIFA 2016 Fifa 2016 di Zurich. ( The Winner of The FIFA PUSKAS Award
2016 )
Sepakan ajaib pemain Pulau Pinang itu diundi sebagai
jaringan terbaik di dunia yang dihasilkan sepanjang tahun lalu di arena bola
sepak profesional.
Kemenangan pemain berusia 30 tahun itu diumumkan legenda
bolasepak Brazil, Ronaldo.
Faiz menewaskan dua pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da
Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Faiz mengucapkan rasa syukurnya untuk berada pada tahap ini
bersama bintang-bintang bola sepak bertaraf dunia di pentas yang luar biasa.
Berdasarkan undian, Faiz menerima sebanyak 59.46 peratus
berbanding Marlone (22.86 peratus), Daniuska Rodriguez (10.01 peratus) dan
lain-lain (7.68 peratus).
Jaringan itu dilakukan ketika membantu pasukannya, Pulau
Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super.
Video jaringan yang dimuat naik oleh FifaTV di laman YouTube
pada 21 November lepas telah ditonton lebih dua juta pelayar dari seluruh
dunia.